Wed, 7 Jan 2009 04:27 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


Semak Daftar Pemilih

"No. Kad Pengenalan (tanpa "-" atau "space")"




Waktu Solat

Kota Bharu
subuh


Muka Depan

Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Laman Web UMNO Kota Bharu

 Terima kasih kerana melawat laman web kami. Kami berharap dapat menyediakan informasi tentang kegiatan semasa parti UMNO kelantan. Bersamaan itu, anda dapat mengikuti perkembangan parti serta mengikuti program-program kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak kami.

“ Alhamdulillah saya anggap anugerah Allah kepada jawatan yang saya sandang sekarang merupakan suatu amanah, yang jauh sekali untuk membanggakan diri kerana saya sedar bahawa setiap pemimpin tidak akan wujud tanpa ada yang kena pimpin atau dengan kata-kata lain seorang Imam tidak boleh menjadi Imam tanpa ada Makmumnya. Justeru, saya merendah diri menawarkan khidmat yang termampu oleh saya bagi membantu orang ramai. Sila berjumpa saya jika ada perkara-perkara yang boleh saya bantu. Sekian, terima kasih. ”

~ Dato' Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Kami mengalukan sebarang bentuk cadangan yang membina ke pihak kami. Hantarkan cadangan anda disini.


Dari Dato' Hj Mohd Fatmi

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,
  Peracayalah bahawa perjuangan Umno kita di Malaysia adalah sesuai dengan kehendak masyarakat semasa. Kerana dengan hanya cara yang Umno lakukan sekarang ini sahaja mampu Islam dapat ditegakkan. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap kemampuan Islam yang dibawa Umno kerana telah jelas melalui proses berpuluh tahun terbukti tidak ada satu kezaliman pun berlaku. Justeru, saya memohon jasa baik pendokong Umno Kota Bharu meneruskan perjuangan suci ini demi terlaksana cita-cita kita iaitu untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kita akan berjalan terus tanpa peduli ganggu gugat terutama oleh Pas yang kini sangat-sangat menyesal atas berbuatan mereka yang hanya bertopengkan Islam yang hanya pandai menyebut pada zahirnya ingin kepada Islam tetapi perlaksanaan mereka jauh menyimpang daripada kebenaran Islam. Saya akan menyebut semula dalam siri-siri akan datang bagaimanakan penyelewengan Pas terhadap orang Melayu Islam di negeri Kelantan ini. Terima kasih.


Tarikh : 11 Jan 2008


Edisi Khas Pilihan Raya

Ucapan Khas Pilihanraya 2008

RENUNGAN DARIPADA PEMANGKU KETUA UMNO KOTA BHARU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan-puan adik kakak yang dihormati sekalian. Gendang piliharaya umum ke 12 sedang dipalu. Poster dan bendera parti-parti politik mulai menghiasi segenap ceruk dan kawasan yang ada. Bagaimana nasib kita semua selama lima tahun akan datang bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh tuan puan adik kakak semua pada 8 Mac 2008 nanti

Kira-kira 30 tahun lalu, iaitu pada 11 Mac 1978 rakyat Kelantan telah membuat keputusan yang sangat besar ertinya kepada masa depan mereka dan masa depan negeri Kelantan. Pada 11 Mac 1978 rakyat Kelantan membuat keputusan yang sangat drastik iaitu menamatkan pemerintahan 18 tahun Pas di Kelantan. Kekuasaan Pas di Kelantan mulai tahun 1959 berakhir pada 11 Mac 1978. Selepas kejatuhan tersebut, maka pelbagai projek pembangunan turun mencurah-curah ke Negeri Kelantan. Jalan-jalan raya dibina ke segenap ceruk kampung, jalan persekutuan dinaik taraf, lebuh raya timur barat, lebuh raya Kuala Krai Gua Musang diusahakan pembinaan sehingga menjadi kemudahan besar kepada rakyat Kelantan sehingga ke hari ini. Kita harus percaya kepada suatu hakikat; iaitu hanya dengan sekeping kertas undi kita juga boleh menjadi bekalan dan amal jariah, kerana sekeping kertas undi apabila diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan oleh pihak yang diberi mandat, kemudahan dan manafaatnya akan dirasai oleh generasi yang akan datang.

Di samping itu, selepas kemenangan BN pada tahun 1978 juga pelbagai kemudahan infrastruktur lain diwujudkan dan nikmatnya dapat dirasai oleh generasi pada hari ini. Rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat miskin didirikan. Masjid-masjid diperbaiki dan dinaik taraf, masjid baru dibina, jambatan dibina, kompleks bazar buluh kubu, pasar besar Kota Bharu, Kompleks Balai Islam, Kompleks Kota Darul Naim, Pondok Moden, Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Hospital USM Kubang Kerian, kawasan-kawasan perindustrian adalah antara pembangunan jenis "napok kelih" yang diwujudkan oleh kerajaan BN selama 12 tahun memerintah Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional juga mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, menyusun semula Yayasan Islam Kelantan, memulihkan tanah terbiar, mewujudkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan bekalan elektrtik ke serata ceruk kampong dan membina sekolah-sekolah dan menaik taraf sekolah, pasar dan aneka keperluan rakyat Kelantan.

Marilah kita mengundi pada 8 Mac ini dengan kepala yang dingin dan menyediakan sedikit ruang untuk merenung dan berfikir apakah kelemahan ekonomi Kelantan selama 18 tahun ini akan diteruskan atau akan dihentikan. Marilah kita berfikir bagaimana dengan nasib anak bangsa Kelantan, apakah mereka wajar terus menjadi pemburu kerja di luar Kelantan, terpaksa berhijrah ke luar negeri demi sesuap nasi lantaran terhadnya peluang pekerjaan di Kelantan.

Sesungguhnya kerajaan BN lah yang memartabatkan Islam dan menyediakan tempat yang sewajarnya kepada alim ulama. BN tidak menjadikan Islam dan alim ulama sebagai alat untuk para umara(pemerintah) bagi meraih sokongan, tetapi membantu menjadikan Islam dihormati di mata dunia dan menyediakan pelbagai institiusi melahirkan ulama dan menyediakan pekerjaan kepada alim ulama.

Tidak ada apa-apa ertinya jika kemenangan tidak disertakan dengan kebenaran. Atas dasar inilah kepada sesiapa yang masih ragu dengan kebenaran yang perjuangkan oleh UMNO, maka dengan kepala yang dingin dan dengan dada yang terbuka kita boleh berbincang untuk merundingkan perkara ini. Janganlah ketaksuban kita menjadikan kita manusia yang menutup pintu rundingan bagi merundingkan satu kenyataan "Pemerintahan BN selama 12 tahun di Kelantan lebih memberi pahala berbanding 36 tahun pemerintahan Pas di Kelantan". Tuan puan adik kakak yang tidak bersetuju dengan kenyataan di atas bolehlah menghantar respon, e-mail kepada laman web kita iaitu "http://www.umnokotabharu.net" supaya satu kesimpulan yang konkrit dapat dijelaskan.

Sekian, selamat mengundi semoga Allah SWT menjadikan apa yang kita laksanakan sebagai amal jariah yang berpanjangan pahalanya di dunia dan memberi manafaat kepada orang ramai di dunia. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling berguna kepada manusia yang lain".

Wassalamualaikum Wrh Wbkt.

DATO' HJ MOHD FATMI BIN HJ CHE SALLEH
PEMENGKU KETUA UMNO KOTA BHARU, KELANTAN.


Tarikh : 20 Feb 2008


PERBEZAAN PENDEKATAN UMNO DAN PAS

Serulah umat manusia ke jalan Tuhanmu dengan tektik dan teknik yang hikmat kebijaksanaan, jangan sekali-kali menggunakan kekerasan dan menyakiti orang ramai, gunakanlah nasihat pengajaran yang baik, terutama kelakuan dan peribadimu yang mulia - (Maksud ayat 125 surah an-Nahl)

PERBEZAAN PENDEKATAN UMNO DAN PAS

Parti UMNOParti PAS
UMNOPAS
1 Peralatkan Politik untuk kepentingan awam termasuk Islam, bangsa dan negara 1 Peralatkan agama untuk kepentingan diri dan puak. Tidak membela agama secara praktikal
2 Tidak mereka-cipta hukum Allah dan Sunnah Rasul. Tidak berubah prinsipnya, tetap istiqamah, kesederhanaan mengikut Islam dan diterima masyarakat umum. 2 Melahirkan hukum ciptaan sendiri yang bercanggah dengan hukum Allah SWT. Dan sentiasa berubah-ubah hukum mengikut keadaan masa
3 Terus berkuasa menjadi pemimpin kepada kerajaan kongsi kuasa. Separuh lebih mengatasi parti-parti lain dalam BN. 3 Tidak pernah mendapat kuasa peringkat Nasional. Berkuasa peringkat negeri walaupun sentiasa berada dalam dilema
4 Tidak berbohong, melaksanakan tanggungjawab apabila berjanji dan sentiasa menjawab fitnah parti lawan secara akademik dan Islamik 4 Berbohong sepanjang jalan. Hidup atas jalan fitnah dengan menyembunyikan realiti dan fakta. Angkuh pada diri sendiri.
5 Sentiasa diberi qouta calon pilihanraya oleh BN yang selesa dan mampu berkuasa 5 Bertanding calon pilihanraya parlimen tidak pernah sampai yang mampu berkuasa memerintah negara
6 Selalu menghormati dan setia kepada rakan kongsi dan tidak mengkhianati rakan apabila berikrar 6 Tidak menghormati dan mengkhianati rakan konsgi seperti berlaku kepada S46 1990 dan parti Alternatif
7 Berjihad secara Hikmah dan Bijaksana. Sebab itu dipuji oleh masyarakat dunia 7 Berjihad secara kasar dan tidak berhikmah sebab itu negara lain tidak menghormati Pas malah menggunakan Pas untuk memecah belah sesama Islam.

Tarikh : 16 Jan 2008


Koleksi Artikel

Manifesto Pas Kelantan.

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:2 Mac 2008

Royak ka Said bulehlah. Kalau setakat nak berbual(berbohong) baik tidur dengan bini. Ada jugak pahalanya.

Berikut adalah ulasan kepada manifesto Pas Kelantan bagi pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 ini. Dirakamkan semula sebahagiannya bersama ulasan untuk manafaat kita bersama dan untuk rekod bagi tatapan anak cucu dikemudian hari.

...[Lagi]

Barisan Nasional's Election Manifesto

Tulisan:sun2surf.com
Tarikh:25 Feb 2008

KUALA LUMPUR (Feb 25, 2008): Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today launched Barisan Nasional (BN)'s progress report and election manifesto, themed "Security, Peace and Prosperity" which contains the coalition's mission and vision to bring Malaysia towards a more glorious future.

Eight main topics form the thrust and pledge of the manifesto which was accompanied this time by a progress report outlining what BN has done from 2004 to 2007.

The topics are economy, balanced development, education, law and public safety, public service, combating corruption and enhancing administration, religion and unity and foreign policy.

...[Lagi]

Bulan purnama gerhana lagi

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:28 Feb 2008

Benarlah fitrah alam, yang muda akan tua, yang tua akan nyanyok, yang kecil akan besar, yang hidup pasti mati.

Begitulah ketentuan Ilahi, telah nyata tanda-tanda yang jelas bahawa bulan purnama akan kembali gerhana di Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang.

...[Lagi]

SIAPALAH DR RAMZI DI MATA TOK GURU BERBANDING DENGAN LKS

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:26 Feb 2008

Tuan puan....Ini ada satu cerita. cerita tok guru tak mahu bersalam dengan orang umno. Bukan cerita lama. Ini cerita baharu sahaja.

Kengganan Haji Hadi bersalam dengan calon UMNO Datuk Dr Ramzi bin Datuk Hj Zubir pada pagi Ahad lalu bagi penulis bukanlah sesuatu yang aneh. Ego adalah pakaian Haji Hadi. Kalau tidak masakan dengan bongkak dia mempelawa PM bertanding di Marang sewaktu mengumumkan manifesto Pas di Kuala Lumpur baru-baru ini.

...[Lagi]

TOK GURU MULUT BERUH

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:25 Feb 2008

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Itu pepatah Melayu. Hujjatul Islam Imam Ghazali menempatkan satu bab di dalam kitabnya yang bertajuk “Ihya Ulumiddin” berhubung bencana lisan. Beliau membahagikan bencana lisan kepada dua puluh perkara. Apa yang hendak diperkatakan di sini bagaimana seorang tok guru di Kelantan menggunakan lisannya untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang membawa kepada dua implikasi.

...[Lagi]

Tragedi di Masjid yang memporak perandakan aqidah

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:21 Feb 2008

Pada hari Jumaat bertarikh pada 15 Februari 2008 berkatalah seorang hamba Allah di kawasan masjid Kg Sireh Kota Bharu "ambo takut batal air semayang" hendak menyentuh kelendar (waktu solat) yang disebarkan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu. Dua tiga patah perkataan tersebut jika dikatakan kerana jahil maka ia menggambarkan bagaimana pemimpin Pas kerajaan Kelantan hari ini mendidik rakyatnya agar menjadi celupar mulut sama seperti tok gurunya. Jika dikatakan perkataan begitu dengan niat merubah hukum Allah maka ia boleh menjadi kufur, dan jika dikatakan tanpa niat mengubah hukum Allah ia tetap juga berdosa kerana mengatakan sesuatu yang jelas memperolok olokkan hukum Allah. Keterangan lanjut hukum tersebut boleh di dapati di dalam kitab Mustika Hadith jilid yang pertama.

...[Lagi]

BERBAHAGIALAH ORANG KELANTAN

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:15 Feb 2008

"Pas tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah lama dipraktikkan di Kelantan, Pas bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang UMNO lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata.” Demikianlah kenyataan Ustaz Ahmad Awang Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia menerusi Harakahdaily 29 Januari 2008 di bawah tajuk”Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang"

...[Lagi]

SUDAH BERTAUBATKAH SDR ANWAR?

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:30 Jan 2008

Pakatan pembangkang bagi menentang Barisan Naional adalah pakatan orang-orang yang terdesak dan kecewa. Pas yang tidak mempunyai keyakinan diri setelah keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 tidak putus-putus menjalan pakatan dengan mana-mana pihak dan apa jua sama ada halal atau haram yang dikatakan selama ini tanpa mengira ideologi pihak yang hendak dijadikan batu loncatan itu.

Pada pilihanraya 1982 Pas dihebohkan membuat pakatan sulit dengan DAP bagi menentang BN. Pendedahan pakatan ini telah didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP daripada Melaka Encik Chan Tuck Chee yang telah keluar daripada parti tersebut.

Pada tahun 1986 secara terang-terang Pas berpakat dengan parti-parti kecil seperti NASMA, SDP dan segolongan pemimpin masyarakat Cina iaitu CCC. Selepas kalah dalam pilihanraya umum 1986, parti-parti kecil tersebut berkubur dan CCC hilang ghaib begitu sahaja.

...[Lagi]

KEMUNGKARAN PARTI PAS

Tulisan:Bukahari@Hanan Alawiyah
Tarikh:27 Jan 2008

  • Tidak menjaga imej Negeri yang diperintah
  • Gagal memajukan ekonomi
  • Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
  • Pas Sentiasa menyalahkan orang lain
  • Tamakkan jawatan.
  • Pas berbohong untuk mewujudkan Badan Hisbah
  • Keceluparan mulut Nik Aziz.
  • Pas mengekalkan perlembagaan Taghut
  • Gagal menjaga kredibiliti agensi yang ditubuhkannya
...[Lagi]

MAMPUKAN PAS URUS KUTU?

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:27 Jan 2008

Tahukah tuan puan sekarang ada dua makhluk dari spesies yang berbeza sedang merancang untuk membentuk sebuah kerajaan bersama. Sebelum itu kita teliti dahulu apa kata makhluk tersebut kepada satu sama lain. Penulis tidak mahu berceloteh panjang tetapi terus kepada laporan Utusan Malaysia 24 Julai 1986. Tajuk berita tersebut ialah "Urus kutu pun tak mampu apa lagi urus ekonomi negara" –Anwar.

Sungai Petani, 23 Julai – Pas tidak mampu menguruskan kutu pada peringkat kampung apatah lagi menyusun ekonomi negara secara Islam, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Encik Anwar Ibrahim.

Katanya laungan pemimpin-pemimpin Pas untuk mentadbir negara dan menjalankan ekonomi Islam merupakan janji kosong.

...[Lagi]

NEGARA ISLAM ATAU NEGARA KEBAJIKAN?
(HAJI HADI BERBOHONG LAGI)

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:27 Jan 2008

Sepanjang karier politiknya Haji Hadi dengan isu negara Islam adalah ibarat saudara kembar. Tidak sah Haji Hadi sekiranya berucap jika tidak menyebut perihal negara Islam walhal perlembagaan Pas sendiri tidak pernah menyebut bahawa Pas mahu mendirikan negara Islam. Bekas Naib Presiden Pas Haji Mustapa Ali sendiri sewaktu diwawancara oleh BBC beberap tahun lalu pun menegaskan bahawa Negara Islam tidak ada dalam perlembagaan Pas. Ertinya perjuangan Pas bukan untuk mendirikan negara Islam.

Ertinya juga penggubal perlembagaan Pas sudah mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam. Oleh itu bagaimana terlintas di pemikiran Haji Hadi pada masa dahulu untuk mendirikan satu lagi negara Islam di Malaysia. Ini bermakna sekiranya seseorang itu sudah berkhatan, Haji Hadi mahu khatankan sekali lagi. Ini sudah kes berat.

Suatu perkara lagi ialah pemimpin Pas menjadikan lidah mereka bercabang apabila bercakap mengenai negara Islam. Kepada masyarakat bukan Islam mereka mengatakan akan mendirikan negara demokratik dan kepada penyokong kuat mereka, pemimpin Pas mendakwa mahu mendirikan negara Islam. Hakikatnya ialah negara Islam sudah ada iaitu negara Malaysia hari ini yang diperintah oleh UMNO.

...[Lagi]

JIHAD MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Tulisan:Omar Bin Khalid
Tarikh:22 Jan 2008

Al-Hamdulilah, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menulis risalah ini bagi sama-sama membincangkan tajuk di atas, sekaligus dapat membantu dan memberi saham memperjelaskan perkara-perkara yang boleh menjadi negatif terhadap Islam itu sebahagiannya terhurai, semoga risalah ini menjadi panduan yang realiti kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam tidak terkeliru menghadapi isu pergolakan yang mencemarkan imej Islam. Dalam risalah kecil ini sengaja ditulis secara ringkas sebagai mukadimah memberi berpeluang kepada masyarakat untuk meluahkan pendapat masing-masing dengan berbagai-bagai cara asalkan ia menepati kehendak Islam sebenar, bukannya emusional atau sikap taksub kepada pendapat atau puak sendiri, saya akan meneruskan perbincangan ini sekiranya ada pihak-pihak yang jujur mengeluarkan pendapat. Demi kepentingan masyarakat umum yang orang Islam berada dalamnya, maka kita semua tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah kegiatan yang tidak berlandaskan hukum Islam yang jati, yang lebih merbahaya ialah prilaku yang dilahirkan oleh mereka yang berlebel Islam, padahal secara langasung atau tidak langsung telah terjebak dalam program musuh yang berusaha hendak menjatuhkan Islam melalui orang Islam itu sendiri.

Sebelum kita masuk ke tajuk ini secara khusus, terlebih dahulu marilah kita mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang seakan-akan sama dengan peristiwa ini yang telah berlaku di Malaysia. Kita telah berhadapan dengan berbagai-bagai peristiwa antaranya; kumpulan menyerang Balai Polis Batu Pahat Johor, kumpulan Imam Mahdi yang diketuai oleh Mohamad Nordin Puteh di Lembah Keramat, kumpulan Lanut Tawau, kumpulan Nabi Pitrus di Sandakan Sabah, kumpulan Luk Hai Luk di Kampung Ubai Pekan Pahang, kumpulan Zikir dalam kelambu di Kelantan, kumpulan Mat Laksmana di Kelantan, kumpulan Selindang merah di Sandakan Sabah, kumpulan Angkatan Sabilulu-Llah di Kedah, kumpulan Jundulu-Llah di Kelantan, kumpulan al-Arqam, kumpulan Ibrahim Lybia di Memali, dan lain-lain kumpulan. Kumpulan-kumpulan seperti ini pada mulanya nampak kecil dan tidak membahayakan, tetapi dalam realitinya boleh menjejas dan membahayakan negara.

PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA ITU KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.

...[Lagi]

Kerajaan PAS Harap Bantuan Kerajaan Bangunkan Negerinya

Tulisan:Zailan Mohamad
Tarikh:14 Jan 2008

PENGAKUAN Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan kerajaan Pas di Kelantan tidak pernah membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya membuktikan bahawa mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan dasar dan program pembangunan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh UMNO

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, Pas gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik dalam bidang ekonomi, pentadbiran, kemajuan, pendidikan dan sosial.

Menteri Besar Kelantan itu terpaksa membuka ‘pekung di dada’ setelah sekian lama disimpannya lantaran daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang amat kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan.

...[Lagi]

KENAPA SAYA MENINGGALKAN PARTI PAS

Tulisan:Omar Bin Khalid
Tarikh:11 Jan 2008

Al-Hamdulillah syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya melahirkan satu risalah yang agak ringkas ini. Pada tanggapan saya risalah ini amat wajar dibaca dan diketahui oleh masyarakat Islam, khususnya kepada para mujahid yang mengaku dirinya berjuang pada jalan Allah.

Dalam membincangkan risalah ini, saya mengharapkan semua pihak membuat pertimbangan dari sudut kacamata Islam tulen, bukannya perasaan. Selain itu, kacamata bahaya yang meracuni atau menghantui fikrah kedegilan berparti juga mestilah diambil kira.

Dalam risalah ini saya memfokuskan perbincangan mengenai realiti parti Islam berdasarkan sumber Islam yang sebenar, yang sewajarnya difahami dan dihayati oleh seluruh para mujahidin. Di samping itu, saya turut mengupas beberapa persoalan berkait dengan pimpinan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Kepada mereka yang belum menghayati parti PAS secara mendalam, sudah pasti agak sukar untuk menghurai secara terperinci keadaan ini, baik dari segi kemudaratan, mahupun kesannya terhadap minda. Mendengar cerita Parti PAS daripada peraih-peraih yang tak sempat membelinya dari pohon Pas yang asli, sudah pasti tidak memperolehi buah yang segar. Oleh itu melalui risalah ini diharapkan anda akan memperolehi buah yang asli dan agak muktamad kerana saya telah menghayati parti PAS sejak tahun 1956 lagi. Akhir sekali ingin saya tegaskan bahawa tulisan yang sedang anda tatapi ini merupakan suatu cetusan rasa hati kecil saya, yang sekali gus boleh dianggap sebagai rahsia peribadi saya bersama parti PAS selama ini, yang akhirnya saya meninggalkan Parti Pas.

...[Lagi]

Aktiviti akan datang

Tiada aktiviti

[Lagi..]


Wikipedia

"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain."

~Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


©all rights reserved, UMNO Kota Bharu