Wed, 7 Jan 2009 05:05 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


Biodata Ketua UMNO Bhg Kota Bharu, Kelantan

Nama: Dato' Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh
Pengajian Awal: Sekolah Ren Keb. Ismail Satu.
Pengajian Menengah: Sekolah Menengah Sultan Ismail dan Maktab Sultan Ismail Kota Bharu Kelantan.
Pengajian Tinggi BA: Universiti SOUTHERN ILLINOIS Amerika dalam bidang perniagaan.
Pengajian Tinggi MA: Universiti TULANE Amerika dalam bidang Kewangan
Pekerjaan Awal: Berniaga
Alamat: 4950F Lorong Mat Salleh, Jln Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya Politik: Menjadi ahli UMNO pada tahun 1981 selaku Ahli Jawatankuasa Cawangan Dusun dalam bahagian Kota Bharu. Pada tahun 1988 apabila Umno lama diharamkan, kembali menubuhkan Umno cawangan Paya Rani Bahagian Pengkalan Chepa memegang jawatan Ketua Penaja Umno cawangan. Pada tahun 1990 dipilih menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia . Pada tahun 1994 dilantik menjadi Timbalan Ketua Penaja Umno Bahagian Kota Bharu. Pada 1995 dipilih menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu. Dan pada tahun 2004 menjadi Pemangku Ketua Umno Bahagian Kota Bharu sehingga sekarang.
Jawatan Kerajaan: Menjadi Setia Usaha Politik kepada YAB Datuk Sri Najib Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Rayuan: Memohon masyarakat di Parlimen Kota Bharu agar berkerjasama dan bersatu padu antara sama lain tanpa perbezaan kaum, bangsa, agama, dan politik.
“

Alhamdulillah saya anggap anugerah Allah kepada jawatan yang saya sandang sekarang merupakan suatu amanah, yang jauh sekali untuk membanggakan diri kerana saya sedar bahawa setiap pemimpin tidak akan wujud tanpa ada yang kena pimpin atau dengan kata-kata lain seorang Imam tidak boleh menjadi Imam tanpa ada Makmumnya. Justeru, saya merendah diri menawarkan khidmat yang termampu oleh saya bagi membantu orang ramai. Sila berjumpa saya jika ada perkara-perkara yang boleh saya bantu. Sekian, terima kaksih.

”

©all rights reserved, UMNO Kota Bharu