Pada hari Jumaat bertarikh pada 15 Februari 2008 berkatalah seorang hamba Allah di kawasan masjid Kg Sireh Kota Bharu "ambo takut batal air semayang" hendak menyentuh kelendar (waktu solat) yang disebarkan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu. Dua tiga patah perkataan tersebut jika dikatakan kerana jahil maka ia menggambarkan bagaimana pemimpin Pas kerajaan Kelantan hari ini mendidik rakyatnya agar menjadi celupar mulut sama seperti tok gurunya. Jika dikatakan perkataan begitu dengan niat merubah hukum Allah maka ia boleh menjadi kufur, dan jika dikatakan tanpa niat mengubah hukum Allah ia tetap juga berdosa kerana mengatakan sesuatu yang jelas memperolok olokkan hukum Allah. Keterangan lanjut hukum tersebut boleh di dapati di dalam kitab Mustika Hadith jilid yang pertama.
Sekiranya kita minum air kosong tetapi kita niat minum arak begitulah juga hukumnya berdosa kerana mempermain-mainkan hukum Allah dan boleh menjadi kafir jika kita beriktikad untuk menukar hukum Allah. Apa yang hendaklah diceritakan ialah sekiranya Pas tewas pada pilihanraya umum ke 12 ini bermakna Allah sayangkan kita di Kelantan. Sejak 18 tahun lalu pemikiran rakyat diasak dan diuli sehingga ramai yang menganggap Pas itu agama Islam, agama Islam itu Pas. Pegangan ini boleh merosakkan aqidah. Pas tidak pernah digazet sebagai agama samada oleh Allah, Nabi-Nya atau mana-mana pihak tetapi gambaran yang cuba dan telah ditanam selama 18 tahun ialah "Masuk Pas adalah masuk Islam, keluar Pas adalah keluar Islam". Pegangan yang cukup berbahaya ini sekiranya tidak ditangani boleh menjadi wabak kemurtadan yang amat bahaya dan boleh menjadikan Islam dipandang sebagai mainan mulut bukannya agama yang datang dari langit.
Pas hanyalah sebuah parti politik yang kelulusan pendaftarannya diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan berbangsa India pada tahun 1951. Tidak lebih daripada parti politik biasa, ia tidak mempunyai apa-apa kitab suci atau dipimpin oleh mana-mana Nabi. Cuma ia berkata mahu berjuang seperti Nabi berjuang dan akan buat apa yang Nabi buat. Realitinya; perjuangan Nabi menyebabkan ramai orang masuk Islam, apakah perjuangan Pas menambah bilangan orang Islam di Kelantan? Apa yang kita tahu di bawah kerajaan Pas hari ini rumah berhala tumbuh bagai cendawan selepas hujan sehingga di dalam hutan-hutan di hulu Kelantan pun banyak gereja yang sudah di bina. Perjuangan Nabi dahulu berakhir dengan kemiskinan Nabi dan sahabat kerana membantu orang yang susah dan lemah manakala perjuangan Pas hari ini berakhir dengan kekayaan pemimpin dan wakil rakyatnya di atas penderitaan dan kesusahan rakyat yang menderma untuk pemimpin.
Renung-renungkanlah.... dan tukarkan kerajaan pada mengundi 8.3.08 ini.