Wed, 7 Jan 2009 05:33 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


BERBAHAGIALAH ORANG KELANTAN

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:15 Feb 2008

Alhamdulillah sebanyak-banyak syukur bagi Allah kerana melahirkan saya sebagai rakyat Kelantan.

"Pas tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah lama dipraktikkan di Kelantan, Pas bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang UMNO lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata.” Demikianlah kenyataan Ustaz Ahmad Awang Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia menerusi Harakahdaily 29 Januari 2008 di bawah tajuk”Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang"

Memang di Kelantan sejak 18 tahun lalu rakyat negeri ini menikmati pelbagai kemudahan yang tidak didapati oleh rakyat negeri lain. Semuanya berubah apabila Pas yang memerintah di Kelantan melaksanakan konsep negeri kebajikan. Berikut disenaraikan ciri-ciri negeri kebajikan yang telah lama dilaksanakan di negeri Kelantan.

  1. Bil air percuma. Janji Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberikan air percuma keada rakyat adalah janji lapok. Kami di Kelantan telah lama mendapat bil air percuma. Kerajaan Kelantan memandang air sebagai hak asasi rakyat, oleh sebab itu setiap rakyat berhak mendapat air secara percuma. Kami di Kelantan hanya mendapat bil sahaja untuk mengetahui berapa liter padu yang digunakan setiap bulan. Bayaran tidak ada dan bagi rakyat yang ingin sama membuat kebajikan bersama-sama kerajaan bolehlah membuat derma kepada Syarikat Air Kelantan. Tidak ada paksaan dalam membuat derma tersebut. Atas rasa tanggungjawab rakyat boleh menderma jika mahu dan jika tidak mampu mereka tetap mendapat air. Konsep potong air telah tidak wujud di Kelantan. Gunalah air untuk mandi 7 kali sehari pun, basuh kereta 4 kali sehari pun semuanya percuma kecuali jika secara sukarela mahu membayar rakyat bolehlah membuat bayaran seikhlas hati.
  2. Rakyat Kelantan juga mendapat bil elektrik tetapi memandangkan kuasa terhadap elektrik ini terletak di bawah tanggungan kerajaan pusat. Rakyat Kelantan tidaklah dipercumakan seperti bil air yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun begitu, rakyat Kelantan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, tidak bekerja sebagai kakitangan awam dan tidak mampu tidak menghadapi masalah ‘potong api’. Ini kerana bil-bil tersebut boleh diserahkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik oleh kerajaan negeri kelantan dan bil-bil tersebut biasanya akan di bayar oleh kerajaan negeri. Pasanglah lampu 25 jam sehari pun rakyat Kelantan yang tidak mampu tidak perlu membayar bil elektrik tersebut kerana akan ditanggung oleh kerajaan Pas Kelantan. Bagi rakyat yang mampu mereka akan bayar sendirilah seperti biasa.
  3. Isu yuran sekolah pula tidak berbangkit di Kelantan. Bagi sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan memang tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kerana negeri ini diperintah oleh kerajaan kebajikan, pebdeka kata percuma belaka. Rakyat yang menghantar anak ke sekolah aliran biasa yang di bawah kuasa kerjaan BN Pusat sahaja yang perlu membayar yuran. Keadaan ini menyebabkan sekolah aliran biasa semakin pupus di Kelantan, bahkan akan terus berkubur nanti. Hanya anak orang-orang kuat UMNO sahaja yang bersekolah di sekolah aliran biasa di Kelantan. Manakala sekolah yang dimiliki oleh YIK pula tumbuh bagaikan cendawan. Selain daripada yuran yang dipercumakan di sekolah YIK di bawah kerajaan Pas kelantan, pelajar-pelajar yang miskin diberi pakaian seragam 3 pasang seorang dalam masa sebulan, begitu juga beg sekolah, alatulis untuk setahun dan buku-buku teks dan buku tulis yang percuma semuanya diberi oleh kerajaan pimpinan Sahubul-Fadhilah Tuan Guru al-Ustaz YAB Nik Azizi. Bukan setakat itu sahaja, bagi pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di mana-mana institiusi milik kerajaan negeri tidak ada yuran walau setengah sen pun. Ini termasuk juga di pusat-pusat tahfiz dan KIAS.
  4. Berbahagia juga rakyat Kelantan kerana di bawah konsep kebajikan rakyat yang tidak mampu dikecualikan daripada membayar cukai tanah, cukai pintu, bayar parking kereta dan pelbagai macam aneka cukai lagi. Di pejabat tanah terdapat satu peti memungut derma daripada rakyat yang bersyukur kerana dikecualikan daripada pelbagai cukai. Hal ini mustahil diperolehi daripada mana-mana kerajaan di dunia pun, kecualai hanya terdapat di negei yang diperintah oleh Pas sahaja.
  5. Rakyat Kelantan juga bertuah kerana memperolehi rawatan percuma samada di klinik swasta atau di klinik dan hospital kerajaan. Rakyat Kelantan hanya perlu membawa kad pengenalan ketika berurusan di klinik dan hospital di negeri tersebut. Jika di Kad Pengenalan tersebut ada 03 bermakna semua bil akan dihantar ke perbendaharaan negeri. Pihak kerajaaan negeri akan menjelaskan bayaran bil – bil tersebut. Oleh sebab itulah jika kita perhatikan bilangan pemegang kad pengenalan 03 meningkat dengan mendadak sejak 18 tahun lalu. Usahkan rakyat Kelantan, rakyat luar Kelantan khasnya di daerah Besut dan Gerik akan berusaha bersalin di Kelantan supaya anak-anak mereka mendapat kad pengenalan 03. Pihak klinik dan hospital di Kelantan biasanya akan mendapat bayaran dalam tempoh 14 hari selepas bil dihantar ke perbendaharaan negeri.
  6. Oleh kerana semuanya dipercumakan maka rakyat Kelantan agak pemurah berbanding rakyat negeri lain. Pada hari jumaat misalnya apabiila dibuat pungutan derma oleh masjid , paling kurang pun setiap masjid di Kelantan akan mendapat sekitar RM3000 seminggu atau RM12,000 sebulan. Rakyat Kelantan tidak ada lagi yang menderma ke masjid 50 sen atau seringgit seperti negeri lain. Paling bangsat pun mereka akan menderma RM10 tetapi paling ramainya akan menderma RM50 seminggu. Ini menyebabkan semua masjid di Kelantan adalah masjid terindah dan terbersih serta berhawa dingin belaka di negara ini. Imam tua akan mendapat gaji RM3000, imam muda RM2000, bilal RM1500 manakala siak, noja, dan tukang cuci masing-masing akan menerima RM1200 sebulan. Tandas masjid dan surau di Kelantan setaraf dengan tandas di hotel 5 bintang. Ini semua berkat kepimpinan Pas selama 18 tahun yang pemimpinnya adalah dianggap Murshid dan Keramat pula yang mendidik rakyat untuk menderma dan menjaga kebersihan. Masjid juga tidak dikunci seperti masjid di negeri lain. Orang ramai bebas keluar masuk masjid 24 jam sehari untuk beribadat dan masjid sangat makmur walaupun di waktu subuh.
  7. Parking di Kelantan bukan dipaksa tetapi dalam bentuk derma. Tiada ada had masa dan tidak ada bayaran tertentu yang dikenakan. Semuanya bergantung kepada ikhlas pemandu untuk membayar parking, bukan seperti negeri lain yang mengenakan sehingga seringit sejam. Apabila konsep paksa tidak dikenakan, rakyat Kelantan menjadi rakyat yang bersyukur, mereka tidak membuang sampah di merata tempat. Putung rokok adalah benda asing di Kelantan. Jika ada kelihatan puntung rokok itu bermakna puntung rokok tersebut milik pelancong khususnya orang Umno yang dianggap kotor oleh pemimpin Pas. Hampir-hampir tiada perokok di Kelantan, Jika ada pun ia adalah dihisap oleh generasi tua yang pernah hidup semasa kerajaan BN dahulu memerintah. Generasi muda Kelantan tidak ada yang menghisap rokok apalagi dadah dan ganja. Oleh sebab itu di Kelantan tidak ada kes curi getah skrap atau pok getah kerana istilah mat repit tidak ada di Kelantan. Demikian juga kes Rogol dan sumbang Mahram langsung tidaak ada di Kelantan, jika ada surat khabar melaporkan jenayah tertinggi berlaku di Kelantan, semuanya fitnah belaka, kerana tak munasabah negeri Islam kelantan ada perkara masiat, kalau nak lehat maksiat datanglah ke negei yang diperintah iooeh kerajaan BN. Rakyat Kelantan menumpukan usaha kepada belajar dan bekerja yang bermanafaat sahaja. Rakyat Kelantan hanya mengetahui mengenai mat rempit apabila menonton TV atau melihat surat khabar sahaja. Tidak ada golongan yang merempit di Kelantan. Kereta, motorsikal boleh ditinggal bersama-sama kuncinya sekali kerana tidak ada siapa yang mahu mencuri. Semuanya diasuh dengan Islam dan takutkan akhirat dan api neraka. Khabarnya warder-wardar di Penjara Pengkalan Chepa akan dipindahkan ke negeri lain kerana Penjara Pengkalan Chepa akan ditutup selepas saki baki pesalah yang dipenjara pada zaman kerajaan BN dahulu akan dibebaskan. Tidak ada pesalah baru dan ini menyebabkan sel-sel penjara banyak yang kosong. Bangunan mahkamah di Kelantan juga menjadi rumah hantu kerana tidak ada kes untuk dibicarakan. Kalau ada pun ia adalah kes lapok atau kes yang melibatkan rakyat negeri lain yang datang ke Kelantan dan belum menerima cara hidup rakyat negeri ini yang mementingkan akhirat berbanding dunia.
  8. Di Kelantan tidak ada wanita yang tak berkelubung, semuanya tutup kepala belaka, kalau ada yang tak bertudung adalah puak-puan Umno belaka.

Demikianlah catatan mimpi saya setelah terlena kerana membaca artikel di Harakah daily tersebut. Dalam mimpi tersebut saya turut memberikan tabik spring 12 kali kepada pemimpin Pas atas kenyataan yang berbentuk ala-ala Pak Pandir dan Mat Jenin tersebut. Ini kerana walau apa pun Janji Pas ia hanya janji dan manifesto mulut sahaja umpama janji seorang pemuda untuk menghantar mak mertua dan pak mertuanya ke Mekah, walhal dia tidak pernah berkahwin dan tidak mampu berkahwin kerana tidak ada tenaga kelakian setelah patah tulang belakang digelek lori balak atau terkena kencing manis kronik. Pas hanya bertanding 60 kerusi Parlimen. Kalau menang semua pun Pas tidak boleh membentuk kerajaan dan menunaikan janji manifesto Pas. Manifesto Pas adalah gula-gula untuk budak-budak sahaja. Kalau ada orang dewasa yang terpengaruh bermakna ia juga bertaraf budak-budak. Apabila kening sudah uban putih, bulu hidung juga sudah beruban kita hairan jika ada lagi yang mahu menjadi budak-budak ..sukakan gula-gula.

Yang pastinya Pas terus berbohong dan sampai kiamat mungkin berbohong lagi.

©all rights reserved, UMNO Kota Bharu