Wed, 7 Jan 2009 04:57 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


SUDAH BERTAUBATKAH SDR ANWAR?

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:30 Jan 2008

Pakatan pembangkang bagi menentang Barisan Naional adalah pakatan orang-orang yang terdesak dan kecewa. Pas yang tidak mempunyai keyakinan diri setelah keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 tidak putus-putus menjalan pakatan dengan mana-mana pihak dan apa jua sama ada halal atau haram yang dikatakan selama ini tanpa mengira ideologi pihak yang hendak dijadikan batu loncatan itu.

Pada pilihanraya 1982 Pas dihebohkan membuat pakatan sulit dengan DAP bagi menentang BN. Pendedahan pakatan ini telah didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP daripada Melaka Encik Chan Tuck Chee yang telah keluar daripada parti tersebut.

Pada tahun 1986 secara terang-terang Pas berpakat dengan parti-parti kecil seperti NASMA, SDP dan segolongan pemimpin masyarakat Cina iaitu CCC. Selepas kalah dalam pilihanraya umum 1986, parti-parti kecil tersebut berkubur dan CCC hilang ghaib begitu sahaja.

Pada tahun 1990 Pas berpakat dengan parti Semangat 46 dengan alasan parti tersebut menerima Islam sebagai AdDin. Pakatan atau perkahwinan Mataah ini berlanjutan hanya sehingga tahun 1996 apabila kedua-dua pihak saling tuduh menuduh dan saling tidak percaya mempercayai sesama mereka.

Pada tahun 1999 Pas mendapat kawan baru pula iaitu Parti KeAdilan Nasional. Begitu juga pakatan itu berterusan sehingga pilihanraya umum 2004 hingga sekarang nampaknya tidak bermaya. Namun banyak pihak meramalkan pakatan tersebut akan berakhir selepas pilihanraya umum 2008 apabila Parti KeAdilan Nasional yang bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat diyakini akan kalah teruk dan hilang daripada persada politik negara.

Sebenarnya pada suatu ketika dahulu pemimpin Pas pernah menasihatkan Penasihat PKR (Datuk Anwar) agar bertaubat. Puncannya ialah Anwar menerima duit daripada tauke judi Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Perkara ini boleh dirujuk kepada laporan Harakah 1 Oktober 1990 iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang ketika itu Haji Mahfuz Omar telah mengeluarkan kenyataan menyeru Naib Presiden UMNO Anwar Ibrahim supaya banyak-banyak istighfar memohon kemapunan daripada Allah SWT kerana menerima wang daripada tauke judi Tan Sri Lim Goh Tong.

Kita tidak pasti apakah Pas menerima Anwar pada hari ini sebagai rakan kongsi disebabkan Anwar telah bertaubat atau apakah pemimpin Pas terpalit sama dengan dosa kerana bersubahat dengan orang yang menerima duit daripada tauke judi, tanyalah Mursyidul Ámnya. Mungkin Mahfuz Omar Ketua Penerangan Pas boleh memberi penjelasan lanjut… Islam telah menetapkan kaedah DIAM TANDA SETUJU...........................

©all rights reserved, UMNO Kota Bharu