Al-Hamdulilah, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menulis risalah ini bagi sama-sama membincangkan tajuk di atas, sekaligus dapat membantu dan memberi saham memperjelaskan perkara-perkara yang boleh menjadi negatif terhadap Islam itu sebahagiannya terhurai, semoga risalah ini menjadi panduan yang realiti kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam tidak terkeliru menghadapi isu pergolakan yang mencemarkan imej Islam. Dalam risalah kecil ini sengaja ditulis secara ringkas sebagai mukadimah memberi berpeluang kepada masyarakat untuk meluahkan pendapat masing-masing dengan berbagai-bagai cara asalkan ia menepati kehendak Islam sebenar, bukannya emusional atau sikap taksub kepada pendapat atau puak sendiri, saya akan meneruskan perbincangan ini sekiranya ada pihak-pihak yang jujur mengeluarkan pendapat. Demi kepentingan masyarakat umum yang orang Islam berada dalamnya, maka kita semua tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah kegiatan yang tidak berlandaskan hukum Islam yang jati, yang lebih merbahaya ialah prilaku yang dilahirkan oleh mereka yang berlebel Islam, padahal secara langasung atau tidak langsung telah terjebak dalam program musuh yang berusaha hendak menjatuhkan Islam melalui orang Islam itu sendiri.
Jenayah rompAkan senjata di Kem 304 Gerik(sebagai panduan)
Sebelum kita masuk ke tajuk ini secara khusus, terlebih dahulu marilah kita mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang seakan-akan sama dengan peristiwa ini yang telah berlaku di Malaysia. Kita telah berhadapan dengan berbagai-bagai peristiwa antaranya; kumpulan menyerang Balai Polis Batu Pahat Johor, kumpulan Imam Mahdi yang diketuai oleh Mohamad Nordin Puteh di Lembah Keramat, kumpulan Lanut Tawau, kumpulan Nabi Pitrus di Sandakan Sabah, kumpulan Luk Hai Luk di Kampung Ubai Pekan Pahang, kumpulan Zikir dalam kelambu di Kelantan, kumpulan Mat Laksmana di Kelantan, kumpulan Selindang merah di Sandakan Sabah, kumpulan Angkatan Sabilulu-Llah di Kedah, kumpulan Jundulu-Llah di Kelantan, kumpulan al-Arqam, kumpulan Ibrahim Lybia di Memali, dan lain-lain kumpulan. Kumpulan-kumpulan seperti ini pada mulanya nampak kecil dan tidak membahayakan, tetapi dalam realitinya boleh menjejas dan membahayakan negara.
Jihad mempengaruhi orang ramai
Berjihad adalah suatu objektif yang sangat mudah mempengaruhi minda setiap muslim, orang Islam akan terasa bahawa cara yang paling mudah untuk masuk syurga walaupun telah melakukan berbagai-bagai dosa dengan berjihad. Dalam realiti di Malaysia, konsep jihad diterangkan terlalu sempit dan ringkas, sebagai contoh dalam "Amanat Haji Hadi" didapati seperti berikut:
PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA ITU KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.
Tiada siapa yang berani menafikan bahawa amanat atau fatwa seperti ini telah mempengaruhi minda umat Islam ke arah cara ekstrim dan meliten, kerana kata-kata seperti ini dilakukan oleh mereka yang berada atas platfom Islam, tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa; segala kegiatan yang berbentuk ekstrim dan melitin di Malaysia ini sebahagian besarnya berpunca daripada amanat yang serupa ini, memang pada peringkat awalnya kata-kata seperti ini, jika tidak dikaji dengan teliti, tidak mempunyai banyak erti, bahkan apabila dikaji secara mendalam, tersematlah isi dan maksud di sebalik kata-kata tersebut bagi melahirlah suatu aktiviti yang boleh membawa kepada ancaman umat, kerana secara jelas Haji Hadi mengajak umat Islam supaya menempa mati syahid, kerana mati syahid tidak akan berlaku melainkan melalui peperangan, dengan hanya bersembahyang dan berpuasa, sudah pasti tidak akan ketemui mati syahid yang digambarkan oleh Haji Hadi itu. Haji Hadi tidak boleh berdolak dalih bahawa amanatnya itu bukanlah suatu amanat rasmi, kerana kata-kata tersebut boleh dibuktikan melalui ucapannya yang telah dikesetkan.
JIHAD
Jihad mempunyai makna dan takrif yang sangat luas, bukanlah jihad itu bererti berperang semata-mata, dalam Islam berperang merupakan jalan terakhir yang tiada pilihan lain kecuali berperang. Contoh yang boleh diambil kira dalam masalah berperang ialah: Dalam tahun ke-10 Hijrah apabila Nabi Muhammad s.a.w. bersama kumpulan orang Islam yang berjumlah 10 ribu orang hendak mengerjakan ibadat haji di Makkah, tiba-tiba disekat oleh orang-orang kafir di suatu tempat bernama "Hudaibiyah", dalam peristiwa ini, Nabi sanggup membatalkan pemergiannya ke Makkah demi menghindar peperangan, dan juga atas sebab-sebab strategi, sehingga termeterailah satu perjanjian Hudaibiyyah antara orang Islam dan kaum kafir Quraisy. Pada hal kedatangan Nabi bersama umat Islam yang begitu ramai ke Makkah pada ketika itu adalah atas dasar menunaikan ibadat haji yang merupakan rukun Islam. Kenapakah Nabi s.a.w. tidak meneruskan perjalanan tersebut, seandainya berperang itulah suatu matalamat orang Islam tuju iaitu mati syahid, kenapakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak memberi peluang kepada pengikutnya meneruskan jihad perang agar orang Islam mati syahid dan masuk syurga kesemuanya?.
KATEGORI JIHAD
Jihad terbahagi kepada beberapa jenis; jihad melawan nafsu jahat, jihad mencari rezeki untuk menyara ahli keluarga, jihad memerangi kemiskinan, jihad memberi penerangan yang disebut "Amar Makruf Nahi Mungkar" dan lain-lain jihad yang memerlukan ruang yang panjang untuk menganalisakannya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada jihad melalui senjata bagi menghadapi peperangan, tetapi jihad seperti ini hendaklah melalui proses yang panjang yang tidak ada cara lain melainkan hanya berperang, atau setelah musuh kafir berada dalam negerinya serta mengancam umat Islam. Walau bagaimanapun sebelum menghadapi peperangan, orang Islam mestilah mengumpulkan kekuatan senjata sendiri, bukannya mencuri senjata dari kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat secara syura, persediaan yang kuat perlu kerana memang menjadi syarat bagi sesuatu peperangan itu mempunyai alat kelengkapan perang yang kuat, bukan hanya dengan jampi dan mandi minyak semata-mata.
ANTARA AYAT-AYAT JIHAD IALAH:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya1; Dialah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); (Surah al-Hajj ayat 78)
Yakni berjihadlah (berjuanglah) bersungguh-sungguh mengerjakan segala suruhan Allah dengan sempurna, dan dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Jihad atau perjuangan itu pula terbahagi dua. Pertama berjuang menentang pencerobohan musuh, kedua berjuang menentang hasutan syaitan dan hawa nafsu. (Sila lihat: Tafsir Pimpinan ar-Rahman JPN Edisi Rumi muka surat 861 cetakan ke-5 )
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu untuk mengerjakan suruhan agamanya; dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah, Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Ayat 78 al-Hajj)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Saya, sesungguhnya Saya akan memimpin mereka ke jalan-jalan Saya (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Ayat 69 al-Ankabut)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 218 al-Baqaarah)
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Ayat 142 al-Imraan)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Ayat 72 al-Anfal)
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. (Ayat 74 al-Anfal)
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah merekaa dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Ayat 75 al-Anfal)
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan-adalah Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani. (Ayat 110 an-Nahl)
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Ayat 15 al-Hujuraat)
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang berjihad membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Ayat 11 surah as-Saff)
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (Ayat 12 surah as-Saff)
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguhsungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Ayat 54 al-Maaidah)
Wahai Nabi, Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Ayat 9 atta-Hriim)
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. (Ayat 52 al-Furqan)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (Ayat 35 al-Maidah)
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahui-Nya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (Ayat 16 At-Taubah)
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah pertunjuk kepada kaum yang zalim. (Ayat 19 At-Taubah)
(Sesunguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Ayat 20 At-Taubah)
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Ayat 41 At-Taubah)
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 44 At-Taubah)
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Ayat 73 At-Taubah)
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar," kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. (Ayat 81 At-Taubah)
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah, dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin kepadamu dengan berkata: "Biarkanlah saya tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (tidak turut berperang)". (Ayat 86 At-Taubah)
(Mereka tetap tinggal di rumah tidak ikut berperang bersama Nabi,) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersertanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. (Ayat 88 At-Taubah)
ORANG KAFIR YANG BOLEH DITENTANG:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Ayat 8 al-Mumtahanah)
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadi teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Ayat 9 al-Mumtahanah)
AL-MUFSIDUN
Al-Mufsidun ialah pelaku kerusakan dalam masyarakat atau negara, pelaku kerusakan adalah ditegah sama sekali dalam Islam, Jinayah rompokan senjata di Kem 304 Gerik adalah jelas termasuk dalam senarai "al-Mufsidun" atau perusak, walaupun mungkin tidak boleh dianggap sebagai "al-Bughat" atau penderhaka. Islam telah menetapkan hukuman yang berat kepada perompak seperti ini.
PEMERINTAH MALAYSIA
Di Malaysia, pemerintah yang ada sekarang adalah sah mengikut kacamata Islam, kerana pemerintah yang ada sudah memenuhi ciri-ciri Syura ala masyarakat majmuk, pemerintah Malaysia adalah hasil daripada keputusan rakyat, semua rakyat tidak perlu pertikaikan dari segi sistem, kerana mereka telah menerima dan menyertainya sistem ini. Mengikut sistem di Malaysia, Yang Dipertuan Agung adalah dikira "Ulil-Amri" manakala Perdana Menteri dikira sebagai "Wazarutut-Tafwidz" atau Menteri yang berkuasa penuh, sedangkan menteri-menteri lain hanya sebagai "Wazaratu-Tanfiiz" atau sebagai menteri penjaga sahaja, istilah-istilah yang disebut ini, ialah istilah yang ada dalam Islam.
Islam telah menetapkan bahawa pemerintah yang seperti ini, wajib mentaatinya dan haram melawannya secara kekerasan, walau bagaimanapun rakyat tidak wajib mentaati jika pemerintah menyuruh melakukan maksiat, rakyat wajib memperbetulkan kerajaan ini jikalau didapati ada perkara yang menyalahi hukum Islam dengan syarat mengikut aturan dan saluran-saluran yang tertentu tanpa merusakkan perdamaian dan keamanan yang telah sedia ada, kerana keamanan dan kemuslahatan awam adalah lebih penting daripada kepengtingan individu atau kepentingan puak tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam sejarah Islam memanag didapati Saidina Husin bin Ali melakukan penentangan terhadap kerajaan Yazid bin Muawiyah, sejarah ini tidak boleh dijadikan model untuk menentang pemerintahan di Malaysia; pertama kerana Saidina Husin layak dan telah memenuhi kritiria yang membolehkan beliau berijtihad, dan kedua kerajaan Yazid yang ditentang secara kekerasan oleh Saidina Husin itu didirikan bukanlah melalui persetujuan rakyat (syura) seperti di Malaysia, bahkan tertubuhnya kerajaannya melalui takhta secara turun temurun.
Umat pertengahan
Allah melantik umat Muhammad menjadi Umat pertengahan sebagaiman firman Allah dalam ayat 143 surah al-Baqarah yang bermaksud:
Sebagaimana Saya telah memimpin kamu ke jalan yang lurus. Maka Saya juga telah menjadikan kamu satu umat "Pertengahan" dan kamu merupakan umat pilihan lagi adil. Pertengahan dalam segala pembawaannya; tidak melampaui atau keterlaluan dalam menganut kepercayaannya, termasuk akhlak dan amalannya, segala-galanya dalam pertengahan, baik perkara mengenai keduniaan maupun ke akhiratan. Oleh yang demikian kamu sememangnya layak menjadi manusia yang akan memberi keterangan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak tentang kebenaran Islam ini. Manakala Nabi Muhammad s.a.w. pula sebagai Rasul Allah yang akan menjadi saksi untuk menerangkan kebenaran perbuatan kamu di akhirat nanti. (Ayat 143 al-Baqarah)
Dalam mentafsirkan ayat di atas. Syed Qutub mentafsirkan: Bahawa umat Islam perlu mengamalkan sikap kesederhanaan dalam semua perkara termasuk iktikad, (kepercayaan) pemikiran, tas.a.w.ur, (gambaran) tanzim, (Penyusunan masyarakat) hubungan dengan Allah, dan juga sesama manusia. Dalam urusan amal ibadah misalnya seseorang muslim harus mengambilkira kemampuan diri dan tidak memaksa diri untuk melakukan amal-amal ibadat secara keterlaluan sehingga lupa akan tanggungjawab serta urusan-urusan keduniaan, sebagaimana terdapat gulongan yang begitu ghairah tentang urusan akhirat dan alpa tentang tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Pokoknya; Islam mengajar serta menganjurkan umatnya supaya bersikap sederhana dalam semua aspek kehidupan. (Tafsir Zilal halaman 131)
Keperibadian Islam
Kesederhanaan bermaksud agar umat Islam mempunyai jatidiri Islam, rumah tangga Islam, berpelajaran Islam, brjihad cara Islam, berekonomi Islam, berkira bicara secara Islam, dan mempunyai sikap seorang Islam sebagaimana yang dicontohi oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Tanpa pelaksanaan seperti ini maka tidak akan lahir suatu Umat yang disebut Allah "Umat Muhammad sebagai umat pertengahan". Juga tanpa ciri-ciri tersebut maka segala pelaksanaan undang-undang Islam tidak ternilai atau akan menjadi kosong, mungkin tidak lebih daripada hanya memeberi penyeksaan kepada umat itu sendiri.
Memberi kefahaman Islam kepada umat Islam secara sempurna hendaklah dilakukan secara menyeluruh, bersepadu dan perpanjangan agar pelaksanaan syariat Islam sama ada dalam diri masing-masing, atau kepada masyarakat akan dilakukan tanpa mendapat tentangan dari diri sendiri atau dari masyarakat serta mendapat keridaan daripada Allah swt. Hendaklah dilakukan melalui keimanan dan ketakwaan yang benar mengikut Islam tulen.
Kegiatan-kegiatan yang menamakan dirinya sebagai "Islam" sekarang boleh mengelirukan umat Islam. Dalam konteks ini, sebagai suatu realiti; kita mengambil contoh pemimpin ulama Pas telah mengelirukan kefahaman ayat al-Quran melalui kefahaman mereka sendiri, misalnya mengenai "Perpecahan", mereka mengatakan bahawa; perpecahan adalah suatu Sunnah Allah yang pasti berlaku sehingga ke hari kiamat, walau dibendung semacam mana sekalipun pasti akan berlaku juga perpecahan. Mereka mentafsirkan ayat 36 surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan Saya(Allah) berfirman: 'Turunlah kamu (Adam, Hawa dan Syaitan ke dunia). Sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Mereka mentafsirkan "menjadi Musuh" di sini ialah antara sama-sama manusia. Penafsiran yang seperti itu adalah bercanggah dengan seluruh tafsir-tafsir yang ada di dunia ini, cuba kita perhatikan adakah munasabah Allah menyuruh kita berkelahi sesama manusia, apabila kita menatap dan mengkaji dalam kitab-kitab tafsir yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik maka kita akan dapati bahawa yang dimaksudkan dalam ayat 36 surah al-Baqarah: Sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dalam ayat ini adalah ditujukan kepada perkelahian antara manusia dan syaitan, yang memberi maksud bahawa manusia dan syaitan akan berseteru selama-lamanya sehinggalah ke hari kiamat. Jadi penafsiran pimpinan ulama yang melebelkan dirinya parti Islam itu adalah tersilap besar yang wajib bertaubat serta merta, bahkan jikalau benarlah penafsiran seperti itu seolah-olah Allah menganjurkan manusia supaya berkelahi, perkara yang seperti ini akan menjurus ke arah perpecahan, dan bercanggah dengan pemberitahuan Allah yang Umat Muhammad ini adalah umata yang sederhana sebagaimana ayat 143 surah al-Baqarah di atas ini. Begitu juga pemimpin Pas lain yang juga dipanggil oleh pengikut mereka sebagai Tuan Guru ada mentafsirkan ayat 251 surah al-Baqarah, beliau memberi penafsiran ayat ini bahawa: "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" yang keset atau video ucapannya pada bila-bila masa jua boleh diperolehi daripada saya.
Untuk membuktikan bahawa keamanan merupakan nikmat Allah yang perlu dikekalkan, dan menjadi bukti bahawa Allah tidak menyuruh manusia berkelahi, sila lihat Firman Allah ayat 4 surah Quraisy yang bermaksud: Hendaklah seluruh manusia menyembah Allah, kerana Allahlah yang menyelamatkan manusia daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan. (Ayat 4 surah Quraisy). Dalam ayat ini; Allah memberitahu bahawa musuh maknusia ialah ketakutan, huru-hara, dan kelaparan, dan seandainya sesiapa berada dalam kateguri keamanan dan tidak lapar, maka itu suatu nikmat yang perlu dipelihara. Pendekkata ayat-ayat yang memberi maksud; jangan berkelaahi, mesti mengekalkan keamanan, perpaduan, dan sebagainya terlalu banyat disebutkan dalam al-Quran.
Silap penafsiran sesuatu mengenai Islam atau kejahilan terhadap pengertian Islam yang sebenar, meyebabkan sesetengah golongan tidak dapat membezakan antara hukum manakah yang perlu didahulukan (Aulawiat) atau dikemudiankan, bahkan hukum yang sunat diutamakan daripada yang wajib, yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Jikalau keadaan seperti inilah yang menjadi amalan umat Islam Malaysia nescaya umat Islam akan terus ketinggalan dalam arus kebangkitan ekonomi, politik, sosial dan lain-lain, yang lebih menyayatkan lagi rakyat Malaysia terdedah kepada keadaan yang tidak setabil serta huru hara, dan apabila perpecahan yang begitu jauh berlaku, maka tiada siapa yang mendapat manfaat, bahkan purap-peranda juga yang diterima.
KERINAH AJARAN SESAT
Yang telah berlaku masyarakat berhadapan dengan kerinah ajaran sesat termasuk ajaran "Al-Ma'unah" tetapi kita lupa kepada kegiatan Pas. Dalam masyarakat Islam di Malaysia didapati puak PAS juga telah mendakwa kononya mereka berjuang atas nama Islam, tetapi dalam tindakan dan amalan mereka seharian jelas telah menyimpang jauh daripada perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. dan bercanggah dengan arahan Allah, sebagai contoh mereka sering menuduh buruk, memaki dan menggelarkan orang lain yang tidak menyokong Parti mereka sebagai Taghut, syirik dan sebagainya. Dalam ucapan atau tulisan mereka didapati lebih banyak perbuatan mengeji, menghina, melebel buruk, bermusuhan sesama Islam dan jahat sangka. Sikap seperti ini menggambarkan bahawa mereka tidak mengikut Islam, apatahlagi melaksanakan konsep "Kesederhaan" sebagai yang digambarkan Allah dalam ayat 143 al-Baqarah di atas ini. Bahkan jauh daripada melakukan pendekatan untuk membina masyarakat ke arah yang lebih baik, atau berpendidikan Islam tulen. Sesungguhnya PAS juga telah membelakangkan perintah Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 11 & 12 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada kaum lalaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaipan setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim. (Surah al-Hujurat ayat 11).
Dan juga ayat yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaipan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Hujurat ayat 12).
PAS telah melakukan Pendekatan melaui cerca, Pas juga telah menetang ayat 108 surah al-Anam, yang bermaksud:
Dan janganlah kamu cerca atau memaki benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. (Ayat 108 surah al-anam)
Pas telah menyebar fitnah dan menuduh UMNO sebagai kafir. Menyebar fitnah juga menjadi amalan biasa puak-puak PAS. Antaranya ialah menuduh pemimpin UMNO, dan penyokong UMNO sebagai maha zalim, maha firaun, kafir, murtad, tidak mahukan Islam, fasiq, dan sebagainya. Bagi memahami keadaan sila lihat maksud ayat 10 surah al-Burujj dan ayat 191 surah al-Baqarah:
Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).(Ayat 10 surah al-Buruj)
Dan membuat fitnah lebih dahsyat daripada membunuh (Ayat 191 surah al-Baqarah)
PAS sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam, demi mencapai hasrat politik parti PAS. PAS sanggup mengeluarkan berbagai-bagai fatwa semata-mata untuk mendapat sokongan bagi memenangi pilihanraya dengan mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran seperti terompah buruk mereka, hasil daripada perbuatan mereka yang tidak islamik itu, maka telah berlaku sembahyang dua imam, nikah semula, haram makan sembelihan orang UMNO, bercerai suami isteri, bergaduh, dan sebagainya. Pada hal ayat al-Quran lebih awal lagi menetapkan hukum tidak boleh sewenang-wenang menuduh orang lain sebagai kafir, syirik, murtad dan sebagainya. Sila lihat maksud ayat-ayat al-Quran di bawah ini:
Dan janganlah kamu terburu-buru mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai dengan memberi Salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat: "Engkau bukan orang yang beriman", dengan tujuan hendak mencari mata benda kehidupan dunia yang tidak kekal. (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia seperti mencari kepentingan politik dan sebagainya melalui mengkafirkan orang yang tidak kafir) (Ayat 94 surah an-Nisa')
Sekian, terima kasih.