Wed, 7 Jan 2009 04:30 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


Kerajaan PAS Harap Bantuan Kerajaan Bangunkan Negerinya

Tulisan:Zailan Mohamad
Tarikh:14 Jan 2008

PENGAKUAN Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan kerajaan Pas di Kelantan tidak pernah membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya membuktikan bahawa mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan dasar dan program pembangunan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh UMNO

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, Pas gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik dalam bidang ekonomi, pentadbiran, kemajuan, pendidikan dan sosial.

Menteri Besar Kelantan itu terpaksa membuka ‘pekung di dada’ setelah sekian lama disimpannya lantaran daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang amat kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan.

Sedangkan selama ini, Pas cukup bijak bersandiwara dan suaranya cukup nyaring melaung-laungkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Kepimpinan Ulama’ tetapi gagal membina walau sebuah masjid di negeri yang ditadbirnya sendiri.

Untuk pengetahuan umum, terdapat sebuah masjid yang dilancarkan ketika sambutan Jubli Perak, Sultan Kelantan kira-kira tiga tahun lalu di Rantau Panjang tetapi sehingga kini pembinaannya masih terbengkalai.

Malah, dalam kenyataannya, Menteri Besar Kelantan itu turut menampakkan kedengkelan mindanya yang secara terang-terangan menyalahkan kerajaan pusat kerana tidak menyalurkan peruntukan yang cukup kepada kerajaan pimpinannya.

Berdasarkan Peruntukan Pembangunan dan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri dari 2001 hingga 2010 di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), negeri Kelantan mendapat sumbangan sebanyak RM6.6 bilion.

Persolannya kini, kemana perginya wang yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan negeri tersebut.

Dan lebih malang lagi apabila rakyat menjadi mangsa angkara agenda politik Pas yang bersandiwara dengan menunding jari kepada kerajaan pusat akibat daripada kegagalan mereka mentadbir Kelantan.

Malah, mereka juga sepatutnya arif mengurus dana dan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan pusat.

Sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya mereka yang kononnya mengungguli kepimpinan ulama mempunyai dana dan sumber yang mencukupi bagi membangunkan sebuah negeri untuk kemakmuran rakyatnya.

Tetapi, kekayaan hasil hutan yang dimiliki hanya untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka sahaja dan sebab itu amanah yang dipertanggungjawabkan bagi menegakkan syiar Islam tidak dapat dilaksanakan.

Bagaimana mungkin kerajaan Pas Kelantan dapat membangunkan negeri yang digelar ‘Serambi Mekah’ itu dengan sendiri tanpa pertolongan dan bantuan daripada kerajaan pusat, sedangkan membina sebuah masjid pun tidak mampu.

Jika menyelusuri sejarah Islam, ketika Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah, perkara pertama yang dilaksanakan oleh Baginda ialah membina masjid.

Maka, jelaslah di sini bahawa kerajaan Pas hanya 'menggula-gulakan' slogan mereka tanpa menghayatinya demi untuk kepentingan politiknya sahaja.

Kegagalan Pas dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menambah besarkan kek ekonomi negeri Kelantan, bahkan hingga tahap menggadaikan khazanah alam seperti kes hutan Tanah Tinggi Lojing sepatutnya menjadi renungan betapa kerajaan pimpinan Pas Kelantan tidak lagi relevan untuk mentadbir sebuah kerajaan.

Dengan kegagalan ini adakah wajar Pas diberi amanah untuk memajukan sebuah negeri yang sememangnya dilihat jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Kerajaan Pas bukan hanya gagal untuk memajukan negerinya malah, masyarakatnya juga terpaksa mencari rezeki dan sumber pendapatan dengan bergantung kepada-negeri lain malah ada yang terpaksa meninggalkan keluarga mereka.

Langkah Kerajaan Persekutuan mewujudkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang turut melibatkan negeri Kelantan adalah semata-mata untuk kemajuan dan pembangunan yang harus dinikmati oleh semua rakyat.

Namun begitu, mereka masih lagi mengatakan ketidakadilan kerajaan pusat walaupun ternyata bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini tidak pernah menganaktirikan negeri Kelantan.

Kepincangan kepimpinan kerajaan Pas Kelantan di dalam pelbagai aspek telah nyata menguatkan lagi kelemahan dan kegagalan Pas dalam soal urus pentadbiran.

Realitinya, tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pas Kelantan pasti tidak mampu membangunkan negerinya sendiri.

©all rights reserved, UMNO Kota Bharu