Wed, 7 Jan 2009 05:26 am


Pautan Web

• UMNO-online
• Putera UMNO
• Wanita UMNO
• Pemuda UMNO
• Puteri UMNO
• Tv UMNO
• Kelab UMNO
• Alumni UMNO
• Ahli UMNO
• Berita Pilihanraya
• Barisan Nasional
• Guano Demo


Bulan purnama gerhana lagi

Tulisan:Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh:28 Feb 2008

Benarlah fitrah alam, yang muda akan tua, yang tua akan nyanyok, yang kecil akan besar, yang hidup pasti mati.

Begitulah ketentuan Ilahi, telah nyata tanda-tanda yang jelas bahawa bulan purnama akan kembali gerhana di Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang.

Sebagaimana tidak ada siapa pun yang meminta bulan itu gerhana, apabila sampai saat dan ketika putarannya dibayangi bumi, cahaya matahari yang gagal menyuluhinya mewujudkan apa yang dipanggil gerhana. Maka begitulah apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini.

Selepas pilihan raya umum 1990 yang lalu, Cikgu Aziz Taman Seri Aman, seorang pemimpin UMNO di Pasir Putih memberitahu penulis, tunggulah 18 tahun lagi untuk UMNO mengambil balik Kelantan. Nampaknya masin sungguh mulut arwah yang meninggal tahun lepas tanpa sempat melihat Kelantan kembali ke pangkuan BN. Denyut nadi rakyat kian begelora untuk melihat peralihan kuasa kembali berulang di negeri Kelantan.

Sekiranya mood pengundi pada saat ini berterusan, pilihanraya pada 8 Mac ini insya-Allah menyaksikan untuk kali yang kedua Pas tersungkur di bumi Kelantan. Sesungguhnya terlalu banyak isu yang boleh diratib oleh UMNO di Kelantan sekarang ini.

Penulis sempat menemui golongan kelas menengah Melayu Kelantan yang kesal dengan lembapnya arah tuju kerajaan bertindak memodenkan negeri, kerajinan rakyat meningkatkan taraf hidup tidak didahului dengan usaha tersusun dan berkesan kerajaan membangunkan negeri. Kalau ada sebiji dua projek pun ianya diswastakan kepada mereka yang bukan dari Kelantan.

Kota Bharu menjadi bandar traffic jam. Seolah-olah tanpa mengira hari dan masa Kota Bharu kelihatan tepu dengan kenderaan yang keluar masuk sedangkan jalan raya tidak diperelokkan sistem alirannya.

Persimpangan Wakaf Siku sepatutnya sudah lama dibina persimpangan bertingkat bagi melancarkan aliran kenderaan, begitu juga di Bulatan Tuan Padang berhampiran Muzium Negeri dan bulatan Kijang. Nasib baiklah kerajaan Pusat bersedia menaikkan taraf jalan di Bulatan Kijang tersebut .

Arah aliran perancangan bandar yang tidak nampak tersusun sejak 18 tahun lalu memberi padah kepada rakyat yang gigih mencari rezeki. Mereka gagal dibekalkan kemudahan infrastruktur sewajarnya daripada kerajaan Negeri. Usah bicara dengan kerenah birokrasi Pejabat-Pejabat Kerajaan. Cukuplah kita mengangkat dua belah tangan bagi memberi tabik hormat kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Datuk Husam Musa jika mereka sanggup meminta kakitangan kerajaan Negeri khasnya yang mengaku menyokong Pas, yang berkopiah dan yang mendengar kaset Haji Hadi di pejabat membuat ikrar dan bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka bekerja dengan cekap dan amanah, menjaga masa dan mengaku tidak terlibat dalam amalan rasuah.

Sungutan rakyat berhubung layanan yang lembap ketika berurusan dengan Pejabat-Pejabat Tanah bukanlah keluhan dan sungutan yang dibuat-buat.

Apakah itu yang dikatakan kerajaan yang membangun bersama Islam? Tingkah laku penceramah-penceramah Pas menjadi saksi bahawa mereka menuju kearah kefasikan. Trend penceramah Pas yang bercakap kotor, menggelar musuh politik dengan gelaran-gelaran keji seperti `kurap penuh di kepala', orang utan, barua, tolak Islam, munafik, anak Yahudi menyebabkan berlaku kesedaran di kalangan rakyat bahawa manusia politik Pas adalah setaraf dengan tukang-tukang karut dikir barat yang tidak professional dan berwibawa. Galagak pemimpin Pas adalah sama sahaja sama ada di Parlimen, di Masjid, dalam Dewan negeri dan di kedai kopi menggunakan pendekatan menghina dan mencaci.

Bagi mereka ini, hanya golongan bengong yang boleh menjadi popular dengan berceramah dan hasilnya jika mendengar ceramah golongan ini, orang yang tidak bengong turut menjadi bengung. Seolah-olahnya Pas hari ini tidak sedar yang ia sedang berlari menuju ke dalam telaga buruk atau ke lubuk puaka yang akan melenyapkan Pas di Kelantan khususnya barangkali buat selama-lamanya.

Kesedaran golongan yang boleh dianggap mewakili golongan silent majority pengundi Kelantan seperti ini adalah alamat Pas sedang menanti seligi menimpanya dalam pilihan raya 8 Mac ini.

Bandar Kota Bharu yang disitiharkan sebagai Badaraya Islam sejak 1 Oktober 2005 kekal sebagai bandar sampah sarap, tetap kotor sama seperti sebelum diisytiharkan sebagai bandaraya Islam. Longkang - longkang menjadi saliran air kumbahan yang tidak terurus dan kalau nasib tidak baik, kita mungkin terserempak dengan tikus yang sama besar dengan ibu kucing mati di jalan raya di dalam bandar Kota Bharu Bandaraya Islam. Itulah Kota Bharu Bandaraya Islam yang juga pernah dinobatkan sebagai Kota Budaya.

Peniaga-peniaga masih terus berniaga di atas longkang, di kaki-kaki lima, di atas minyak tar berhampiran kedai menjual daging babi yang terletak kira-kira 100 meter dari pejabat Pas. Tidak ada usaha yang berkesan bagi menaik taraf tempat orang-orang Melayu ini berniaga mencari makan.

Sekiranya kita membuka kitab fekah, sama ada kitab kecil atau besar dalam mana-mana mazhab sekalipun bab yang pertama yang diterangkan oleh Kitab Fekah bukannya mengenai Jihad, zakat, haji atau sembahyang, tetapi menerangkan bab bersuci. Nampaknya Kerajaan Pas Kelantan cuba menafikan kepentingan bersuci bagi bandar-bandar di Kelantan khasnya bandaraya Islam Kota Bharu. Nampak sekali songsangnya pemikiran pemimpin Pas. Kaedah mengagihkan balak dan nampaknya lebih diutamakan daripada menjaga kebersihan bandar. Sungguh memalukan Bandar Kota Bharu di mata orang ramai apalagi di mata pelancong.

Pasar Siti Khadijah...sungguh indah namanya tetapi selain berfungsi sebagai Pasar Besar berfungsi juga sebagai pusat penternakan tikus utama Kota Bharu kerana sampah tidak diangkat dengan sewajarnya. Penyelenggaraannya berada ditahap paling minima. Inikah bandaraya Islam. Allah jualah yang berhak mendedahkan apa yang tersirat di hati masing-masing melalui penonjolan secara zahir. Apa tujuan diisytihar MPKB Bandaraya Islam selain untuk menjatuhkan maruah dan agama Allah dan menghina nama Siti Khadijah isteri Rasulullah. Sungguh keji dan hina manusia yang memperalatkan Islam untuk kepentingan perut pedal mereka.

Rakyat Kelantan menunggu pilihanraya 8 Mac 2008 dengan penuh harapan. Harapan bahawa UMNO membuat persediaan dari sekarang untuk mentadbir negeri Kelantan secara sistematik, terurus, profesional kerana ketiga-tiga ciri tersebut adalah tonggak prinsip pentadbiran mengikut Islam.

Bacalah Manifisto BN sekarang ini!!!!!!!!!

SELAMAT TINGGAL PAS....SELAMAT TINGGAL BUAT SELAMA-LAMANYA

©all rights reserved, UMNO Kota Bharu