Tuan puan....Ini ada satu cerita. cerita tok guru tak mahu bersalam dengan orang umno. Bukan cerita lama. Ini cerita baharu sahaja.
Kengganan Haji Hadi bersalam dengan calon UMNO Datuk Dr Ramzi bin Datuk Hj Zubir pada pagi Ahad lalu bagi penulis bukanlah sesuatu yang aneh. Ego adalah pakaian Haji Hadi. Kalau tidak masakan dengan bongkak dia mempelawa PM bertanding di Marang sewaktu mengumumkan manifesto
Pas di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kepada mereka yang bersama dengan Haji Hadi kita dapat lihat cara dia bersalam. Mata bukannya mahu melihat mata orang yang bersalam dengannya. Itu dengan orang Pas maka dengan orang UMNO wajarlah dia enggan bersalam terus.
Sewaktu pilihanraya kecil Telok Pasu pada tahun 1989 dahulu pun seorang ulama Pas yang menjadi calon ketika itu juga enggan bersalam dengan calon UMNO, bekas qadhi Haji Abdul Rahman Mohd. Justeru, janganlah lagi orang UMNO terhegeh-hegeh nak bersalam dengan tok tok guru Pas. Biarkan dia dengan kelakuannya kerana itu yang diajar oleh ulama-ulama azhar tempat mereka belajar. Ulama-ulama Azhar yang mengajar ulama UMNO tidak mengajar demikian. Usahkan ulama, orang biasa dalam UMNO pun sanggup merendah diri untuk bertemu rakyat tetapi pemimpin Pas, rakyat yang perlu mengadap mereka.
Rasa tidak puas hati penyokong Pas terhadap Haji Hadi dan pemimpin Pas pernah tersiar di laman web seperti: www.malaysia-today.net bertarikh: Thursday, December 15, 2005
Pengkalan Pasir: kebenaran atau keadilan untuk siapa?
Pilihan raya Kecil Pengkalan Pasir di Kelantan sudah pun berlalu. Semua sudah melihat keputusan. Sama ada kita gembira atau berduka di atas keputusan tersebut, maka itulah keputusannya. Sama ada berlakunya penyelewengan, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun sebagai penyokong Barisan Alternatif yang bekerja untuk kemenangan, kebenaran dan keadilan, sudah pastilah banyak pemerhatian yang dapat dilihat.
Secara kasarnya, adalah tidak munasabah PAS boleh tewas dalam keadaan seluruh jentera Barisan Alternatif bersedia dari segenap tipu helah Umno
dan Barisan Nasional. Persoalan politik wang, janji-janji hatta pengundi khayalan (mengambil terma SPR) sudah menjadi asam garam Umno dan BN. Tetapi setelah dikaji secara halusnya, terdetik hati ini mengatakan 'they deserve to win'.
Saya melihatkan konsep dan laungan para pemimpin umpama membaling batu sembunyi tangan, satu perumpaan yang tidak praktikal tapi bersesuaian dengan apa yang berlaku..
Walau apapun, saya melihat para pimpinan PAS sendiri kena berubah terutamanya dalam 'lifestyle' mereka. Laungan 'PAS Mesra Rakyat, Mesra Pengundi', hanyalah retorik semata-mata. Kita sering mengherdik para kepimpinan Umno dengan kemewahan dan cara hidup elit tetapi sepanjang Pilihan raya kecil Pengakalan Pasir, perkara yang selalu diulitkan kepada pemimpin Umno itu seolah satu fitnah pula.
Hati mana yang tidak terusik apabila Menteri Besar Selangor yang juga MKT Umno sanggup mandi air telaga dan tidur bersama pepijat di rumah kampung pengundi. Jiwa mana tidak gembira bila seorang individu bergelar YAB Dato Seri Shahidan Kassim boleh berbasikal bersama orang-orang kampong. Mulut manakah yang tidak boleh mengukirkan senyuman apabila insan-insan bergelar Menteri memenuhi rumah-rumah di sekitar Pasir Mas.
Jika difikir dari logik akal, Bandar Kota Bahru tidaklah jauh dari Pasir Mas. Di Kota Bahru berjenis-jenis hotel mewah tersergam indah untuk didiami oleh mereka yang bergelar Menteri dan YB. Tapi seribu kali hairan, mereka tetap memilih kampong-kampung sekitar DUN Pengkalan Pasir.
Mungkin ada orang akan berkata, itu strategi politik Umno. Maka saya akan jawab, maka strategi politik mereka ‘bijak’. Bagaimana pula kita?
Kenapa saya berkata demikian, PAS dengan laungan 'Mesra Rakyat' dan 'Mesra Pengundi',namun tindak-tanduk mereka tidak menggambarkan slogan mereka itu. Saya amat terkilan dengan life style mereka yang selalu mendongak langit yang tinggi tanpa melihat alam di dunia. Para pemimpin Pas yang hanya bergaul rapat dan turun berkempen ke tempat dan kawasan yang dianggap selesa sahaja. Selesa yang saya maksudkan ialah turun berkempen ke kawasan yang sedia baik tanpa perlu mengharungi becak kotoran air tanah. Kelihatan Timbalan Presiden PAS hanya turun padang bersama pimpinan PAS sahaja dan hanya pergi ‘menjenguk’ bilik-bilik gerakan tanpa bertanya khabar petugas-petugas parti amnya. Suasana life style ekslusif ini hanya dibuat oleh pimpinan Umno pada zaman dahulu sahaja. Namun pimpinan PAS yang sudah luput kerusi pula menyambung pengamalan Umno dulu kala. Pengarah Pilihan raya PAS, Dato Muastafa Ali sudah menggunakan status ala-Dato’nya untuk tidak bersama ahli-ahli petugas marhean tanpa menjenguk atau bertanya sapa. Kelibat pimpinan tertinggi PAS yang duduk di kedai kopi sangat baik, tapi malangnya kelibat mereka ini hanya bersama-sama mereka duduk berbual sesama pimpinan dan bukan bersama pengundi, apatah lagi petugas parti.
Betapa sedihnya hati kami para petugas apabila kami sanggup bertemankan nyamuk dan unggas semasa tidur malam tetapi para pimpinan dengan selesa penghawa dingin di Hotel Perdana. Berstatus Ulama Elit, Ustaz Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden bersama kuncu-kuncunya Dato' Hassan Ali, Dato Mustapa Ali, Asmuni Awi dan ramai lagi para pemimpin bertaraf elit ini yang memilih hotel-hotel sebagai singgahsana sementara mereka. Di masa ahli sedang berjuang mati-matian ingin mempertahankan kerajaan Islam Kelantan, para pimpinan seperti Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman dan Dr Zulkifli Ahmad boleh minum pagi di Dining Room JKR 10 setelah nyenyak tidur di sana. Disaat ahli mengorbankan masa dan wang ringgit, kerajaan Kelantan sudi menghabiskan sejumlah wang untuk mengabui mata pimpinan PAS dengan hotel dan makan-minum mewah.
Perkara ini adalah tidak sepatutnya berlaku terhadap 'kepimpinan Islam mesra rakyat'. Bukan kami menghalang Timbalan Presiden berkereta mata belalang, bukan kami menghalang Naib Presiden berumah besar dan tidak kami halang pimpinan ingin merasa nikmat di dunia ini, tetapi alangkah baiknya jika medan pilihan raya kecil ini dijadikan medan untuk kita merapatkan jurang sesama rakyat dan ahli PAS. Pimpinan PAS sepatutnya merasa perit maungnya pengorbanan ahli-ahli terutamanya yang menginfakkan diri sepenuh masa di markaz-markaz. Susah senang bersama ahli itulah yang akan menjadi titik tolak kemanisan perjuangan dan nikmat sebenar jerih ahli kita.
Begitu juga kedatangan YAB Perdana Menteri ke Pengkalan Pasir, seingatan saya dalam semua pilihan raya kecil, YAB PM tidak pernah turun berkempen, selalunya beliau akan mengarahkan Timbalannya untuk berkampung di mana-mana pilihan raya kecil. Tapi kejutan kali ini ialah Pak Lah turun padang, mungkin kerana dia tahu akan ‘fiqh al-aulawiyat’nya. Tapi malangnya Presiden PAS, seorang yang aula akan hukum-hakam boleh meninggalkan ‘medan peperangan’ hanya atas nama Seminar ke Yaman. Saya merasa sungguh sedih, adakah pemergian Presiden PAS ini atas nasihat Setiausaha Politiknya, Dr Syed Azman atau arahan parti. Walau apa pun situasi, pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya yang sangat getir buat PAS kerana ianya akan menunjukkan kesan kepada bacaan wajah politik PAS akan datang. Ianya juga akan menentukan jatuh bangunnya kerajaan Islam Pas Kelantan, tapi apakan daya. Keputusan sudah tertulis. Apakah Hj Hadi gembira untuk berceramah nanti bahawa ketika ahli PAS dan seluruh jentera PAS sedang dalam 'peperangan' di Pengkalan Pasir, saya berada di Yaman untuk menghadiri Persidangan dengan bangganya.
Ulama Pas hanya akan bersalam bahkan akan mendakap erat jika yang menemuinya orang yang bernama LIM KIT SIANG. Kejadian selepas Haji Hadi mengangkat sumpah menjadi MB seharusnya tidak lekang di ingatan kita. Seharusnya Dr Ramzi tidak kecewa kerana bagi Haji Hadi LIM KIT SIANG yang tidak pernah mengucap kalimah syahadah, tidak pernah solat dan tidak pernah mandi wajib lebih layak disayanginya berbanding dengan Dr Ramzi. Siapalah Dr Ramzi berbanding LIM KIT SIANG di mata Haji Hadi.