Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Itu pepatah Melayu. Hujjatul Islam Imam Ghazali menempatkan satu bab di dalam kitabnya yang bertajuk "Ihya Ulumiddin" berhubung bencana lisan. Beliau membahagikan bencana lisan kepada dua puluh perkara. Apa yang hendak diperkatakan di sini bagaimana seorang tok guru di Kelantan menggunakan lisannya untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang membawa kepada dua implikasi.
Implikasi pertama ialah lahirnya manusia yang taksub dengan tuan guru tersebut dan keduanya lahir segolongan manusia yang terguris hatinya.
Kenyataan atau lebih tepat lagi mulut beruh tok guru tersebut sesungguhnya membawa satu lagi implikasi yang lebih besar daripada sudut dosa dan pahala. Sebagai peringatan wajar kita renungi semula kata-kata celupar tok guru tersebut:-
Kenyataan terbaru tok guru tersebut yang mengibaratkan orang UMNO adalah orang utan bukanlah sesuatu yang harus dibiarkan begitu sahaja. Orang utan adalah binatang, maka apabila beliau menyamakan manusia dengan binatang ia menjurus kepada penghinaan kepada sebaik-baik mahkluk. Ia menghina ciptaan Allah. Ia menghina bani Adam dan ia menghina rakyatnya sendiri yang terdiri daripada orang-orang UMNO. Untuk makluman tok guru, kalau benarlah orang UMNO orang utan maka ketahuilah wahai tok guru bahawa pejabat yang tok guru duduk itu dibina oleh orangutan. jalan raya yang tok guru dok guna seharian itu dibina, di rancang dan dibiayai oleh orang utan. Pendek kata sebahagian besar kemudahan yang tok guru nikmati sekarang termasuk bekalan elektrik, air paip yang digunakan oleh tok guru untuk mengangkat hadas besar dan kecil, semuanya difikir, dirancang, dilaksana dan dibiayai oleh orang Utan. Alangkah mulianya orang utan tersebut berbanding dengan manusia yang tidak berbuat apa-apa melainkan menyalahkan orang lain.
Untuk makluman, semua tindakan tok guru menyamakan orang UMNO dengan orang utan bukanlah 'mulut beruh' pertama bagi tok guru. Berikut adalah beberapa kenyataan bertaraf mulut beruh tok guru:-
- Tupai boleh di makan. Sila rujuk kepada tok-tok guru pondok berhubung kenyataan tupai boleh dimakan yang gegar sekitar tahun 1980an dahulu di Kelantan.
- Mendakwa seorang menteri sebagai barua. Kenyataan secara terbuka di PUTIK Pengkalan Chepa adalah satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab kerana istilah barua memberi makna pak tolol, orang yang menjadi suruhan orang tanpa memikirkan baik atau buruk.
- Apabila Pas dan Parti Semangat 46 diberi mandat memerintah Kelantan pada tahun 1990, tok guru tersebut mengatakan semacam ada persefahaman dengan malaikat di langit. Guano pulok tok guru apabila Pas kalah di negeri-negeri lain. Apakah di negeri lain malaikat yang bersefahaman dengan BN lalu ia menang dan Pas pula bersefahaman dengan iblis maka ia tewas.
- Pada bulan mac 2001 tok guru tidak bersetuju rakyat terlibat dengan demonstrasi jalanan sepertimana yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Peliknya pada hari ini tok guru tidak melarang demonstrasi yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pas.
- Pada bulan april 2006 seorang ahli parlimen Pas memanggil perempuan yang ketiadaan suami sebagai perempuan gatal. Tok guru ini menegur anggota Parlimen PAS tersebut sebagai tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan di Dewan itu semalam. "Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat adalah sama-sama bertaraf mulia, jadi bahasa yang digunakan mesti mulia dan jangan berbahas menggunakan bahasa buangan atau sampah," kata tok guru. Anehnya sekarang tok guru mencalonkan orang tersebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Apa yang penting dalam pilihanraya ke-12 ini jangan pilih puak-puak yang mulut hodoh ini nanti berjangkit dan akan menerima baka yang jahat mulut belaka.
UNDILAH CALON ORANG YANG PERANGAINYA BAIK MACAM ORANG UMNO.